CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 26 February 2013

INTRO ABOUT ADAT PERPATIH

PERKAHWINAN ADAT PERPATIH DI REMBAU.


Istiadat perkahwinan yang dijalankan oleh pengamal adat perpatih di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Istiadatnya adalah unik dan disebalik keunikkannya itu tersirat falsafah dan perjalanan adatnya. Istiadatnya amat simbolik dan harmonis.

Masyarakat Adat Negeri Sembilan mempraktikkan konsep dan nilai yang menjadi tunjang kepada keseluruhan perjalanan sistem adat perpatih. Konsep yang dimaksudkan ini adalah muafakat,kebulatan serta persefahaman atau kerjasama, gotong-royong dan seraya. Perkahwinan di Negeri Sembilan mengilustrasikan keutuhan dan kekuatan persatuan dan kesatuan ahli-ahlinya serta keharmonian masyarakatnya. 

 

 


KONSEP PERKAHWINAN DALAM ADAT

Adat istiadat perkahwinan atau adat semenda-menyemenda merupakan upacara inisiasi yang paling besar dalam lingkaran hidup seseorang individu dan kelompok kekeluargaannya. Upacara ini dari awal hingga akhir harus mengikuti saluran adat baik dari segi kombinasi satu persatu adat istiadatnya, ketatatertiban sistem perkahwinannya mahupun peranan yang dipikul bersama. Pentingnya upacara ini maka Lembaga, Buapak, Besar, dan Kadim, serta semenda dan seadat atau tempat semenda nan seresam dengan kuasa pengendaliannya, anak buah dengan kepatuhannya turut berganding bahu menyumbangkan tenaga dan menghulurkan bantuan sekadar yang upaya demi menjayakan majlis tersebut. 

 Sebagaimana kata adat:
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Ke gunung sama didaki
Ke lurah sama turuni
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecah.
Oleh sebab masyarakat adat ada falsafah hidup yang tersendiri, maka perkahwinan tidak lari dari landasan adat. Mereka terpaksa tunduk dibawah peraturan dasar yang telah ditetapkan atau dikatakan sebagai berkisar dalam genggaman adat .
Berlangsungnya upacara ini , dari segi adat bermakna antara lain seorang individu:
                                                                                                                                                                     
                       1.      Telah berjaya buktikan bahawa dia telah mampu berdikari untuk dirinya, isterinya atau suaminya dan anak-anaknya yang bakal lahir.
                       2 .      Telah diakui ada hak dalam kelompoknya.
                       3.      Telah mencapai kedudukan sebagai orang dewasa. Justeru itu individu berkenaan telah boleh  memberikan pendapat dan bersuara dalam perjalanan adat.

Kepada masyarakat adat perkahwinan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara dua individu yang berlainan jantina yang diperakui agama, budaya dan masyarakat tetap penyatuan atau penyambung pertalian antara dua keluarga, dua rumpun, dua ruang, dua perut dan malahan dua buah suku.  Perkahwinan juga mempunyai implikasi terhadap perhubungan seluruh masyarakat itu. Oleh itu, perkahwinan merupakan acara bagi semua anggota masyarakat. Perkahwinan bukan sahaja jadi keramaian bagi keluarga kecil tapi bagi seluruh anggota kampung.

Tanggungjawab sebagai suami dan isteri telah ditentukan oleh budaya dan masyarakatnya  terima  tanggungjawab serta tugas ditentukan oleh sistem sosial masyarakat itu baik dalam aktviti-aktiviti sosial,mahupun ekonomi, politik atau agama. Secara rasmi mereka dapat kebebasan untuk sertai sebarang aktiviti orang dewasa.



 SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK HARI INI...
 :)

0 comments:

Post a Comment