CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 4 April 2013

KAK LONG BERTUNANG!

Assalammualaikum,,,
agak lama x update blog nie...asyik sibuk dengan PBS je tu yang x de masa nak mengupdate..apa pun nak juga update for new entry!!!
hari ni aku nak cerita sikit pasal kakak sepupu aku yang bakal melangkah ke alam perkahwinan pada september tahun ni.
aku ingat lagi dulu kak long selalu ckp ada abang kt tempat kerja dia suka kacau dia, tp aku akan ckp mcm ni.." urm angah rasa abg tu suka kat kak long kot sebab tu lah dia kacau kak long"...tapi kak long selalu nafikan .padahal aku tahu dia pun dah mula suka kat abg tu.. tapi dia tak nak ngaku..


Aku dapat agak kak long pun dah mula suka kat abg tu sebab setiap kali balik dari kerja je mesti dia cerita pasal abang tu.. setiap kali mesej aku, kak long akan cerita pasal abg sayang dia tu..tu lah dulu selalu sangat ckp x nak, sekarang dapat betul2...hehehe

Akhirnya masa hari raya kak long mengaku jugak kat aku yang dia ngn abg tu dah confirm nak kahwin nanti.. Betapa gembiranya aku masa tu sebab akhirnya sampai juga jodoh kak long..

15.Disember.2012 kak long dengan abg salleh bertunang...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... yang bestnya semua makcik2 dan pakcik2 sibuk nak sponsor macam...untunglah ada org sponsor...huhu...

 Itulah dulu selalu sangat ckp x suka2..sekarang tu lah yg dia rindu bagai nak gila!!! lawak la kak long ni... dah lama kak long menanti, sekarang Allah kurniakan dia jodoh yang terbaik...

ni sebahagian gambar masa majlis tu...


kak long ngan ayu!!

ni semua jiran-jiran mak teh yg dtg dari Ampang.

Hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan

Sementara menunggu doa selamat selesai!!


Menanti penuh debaran

Pinky !!!


ni semua hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki..

Aq n Aien

Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan sepanjang majlis ini berlangsung...seronok kot sebba dah lama x buat kenduri kat rumah aku... Apa pun tahniah ye kak long,,,semoga kak long bahagia bersama insan tersayang!!!!
tak sabar nak tunggu kak long kahwin!!!hehehe
agaknya lepas ni turn siapa la pulak dalam ramai2 ni....

Congratulation NorAfifah B....

Sekian, Terima kasih kpd yg sudi membaca entry yg x seberapa ni!!!



Tuesday, 12 March 2013

ADAT MERISIK


MERUPAKAN ADAT PERTAMA YANG PERLU DIJALANKAN..
Adat merisik ialah adat yang perlu dijalankan sebelum adat meminang.. adat ini harus adalah adat yang penting kepada mereka yang ingin berkahwin...
1.ADAT MERISIK
Adat ini dikenali sebagai usaha untuk mencari menantu. Proses ini merupakan proses yang dijalankan sebelum adat istiadat meminang. Adat ini dijalankan untuk mengetahui gadis berkenaan sudah berpunya atau belum. Adat ini bermula apabila anak lelaki melahirkan hasratnya yang ingin berumah tangga atau ibu bapa mereka berasakan sudah tiba masa untuk anak lelakinya mendirikan rumahtangga. Maka ibu bapanya akan menjalankan adat ini untuk mencari menantu untuk anak mereka. Mereka akan mencari menantu yang terbaik untuk anak lelakinya. Dalam perjalanan adat  ini ibu bapa akan memerhatikan keturunan bakal menantunya terlebih dahulu. 
Tujuan utama mereka menjalankan adat ini adalah untuk menentukan bakal menantu mereka bukan dari suku-sakat yang boleh membatalkan pernikahan itu dari segi agama dan adat. Dalam Adat Perpatih orang yang menjadi ahli sesuatu suku itu menganggap diri mereka sebagai mempunyai hubungan adik-beradik. Mereka percaya bahawa mereka berketurunan daripada seorang nenek moyang perempuan. Seterusnya ia dijalankan untuk memastikan bahawa bakal menantu bukan berasal daripada keturunan sesuku.


ADAT YG DIJALANKAN

TEPAK SIRIH YANG PERLU DIBAWA SEMASA MERISIK.



 Masyarakat Adat Perpatih sangat menitikberatkan kerjasama sesama mereka. Semangat kerjasama mereka yang kuat amat dikagumi oleh semua masyarakat dari negeri lain. 

Tuesday, 26 February 2013

INTRO ABOUT ADAT PERPATIH

PERKAHWINAN ADAT PERPATIH DI REMBAU.


Istiadat perkahwinan yang dijalankan oleh pengamal adat perpatih di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Istiadatnya adalah unik dan disebalik keunikkannya itu tersirat falsafah dan perjalanan adatnya. Istiadatnya amat simbolik dan harmonis.

Masyarakat Adat Negeri Sembilan mempraktikkan konsep dan nilai yang menjadi tunjang kepada keseluruhan perjalanan sistem adat perpatih. Konsep yang dimaksudkan ini adalah muafakat,kebulatan serta persefahaman atau kerjasama, gotong-royong dan seraya. Perkahwinan di Negeri Sembilan mengilustrasikan keutuhan dan kekuatan persatuan dan kesatuan ahli-ahlinya serta keharmonian masyarakatnya. 

 

 


KONSEP PERKAHWINAN DALAM ADAT

Adat istiadat perkahwinan atau adat semenda-menyemenda merupakan upacara inisiasi yang paling besar dalam lingkaran hidup seseorang individu dan kelompok kekeluargaannya. Upacara ini dari awal hingga akhir harus mengikuti saluran adat baik dari segi kombinasi satu persatu adat istiadatnya, ketatatertiban sistem perkahwinannya mahupun peranan yang dipikul bersama. Pentingnya upacara ini maka Lembaga, Buapak, Besar, dan Kadim, serta semenda dan seadat atau tempat semenda nan seresam dengan kuasa pengendaliannya, anak buah dengan kepatuhannya turut berganding bahu menyumbangkan tenaga dan menghulurkan bantuan sekadar yang upaya demi menjayakan majlis tersebut. 

 Sebagaimana kata adat:
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Ke gunung sama didaki
Ke lurah sama turuni
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicecah.
Oleh sebab masyarakat adat ada falsafah hidup yang tersendiri, maka perkahwinan tidak lari dari landasan adat. Mereka terpaksa tunduk dibawah peraturan dasar yang telah ditetapkan atau dikatakan sebagai berkisar dalam genggaman adat .
Berlangsungnya upacara ini , dari segi adat bermakna antara lain seorang individu:
                                                                                                                                                                     
                       1.      Telah berjaya buktikan bahawa dia telah mampu berdikari untuk dirinya, isterinya atau suaminya dan anak-anaknya yang bakal lahir.
                       2 .      Telah diakui ada hak dalam kelompoknya.
                       3.      Telah mencapai kedudukan sebagai orang dewasa. Justeru itu individu berkenaan telah boleh  memberikan pendapat dan bersuara dalam perjalanan adat.

Kepada masyarakat adat perkahwinan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara dua individu yang berlainan jantina yang diperakui agama, budaya dan masyarakat tetap penyatuan atau penyambung pertalian antara dua keluarga, dua rumpun, dua ruang, dua perut dan malahan dua buah suku.  Perkahwinan juga mempunyai implikasi terhadap perhubungan seluruh masyarakat itu. Oleh itu, perkahwinan merupakan acara bagi semua anggota masyarakat. Perkahwinan bukan sahaja jadi keramaian bagi keluarga kecil tapi bagi seluruh anggota kampung.

Tanggungjawab sebagai suami dan isteri telah ditentukan oleh budaya dan masyarakatnya  terima  tanggungjawab serta tugas ditentukan oleh sistem sosial masyarakat itu baik dalam aktviti-aktiviti sosial,mahupun ekonomi, politik atau agama. Secara rasmi mereka dapat kebebasan untuk sertai sebarang aktiviti orang dewasa.



 SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK HARI INI...
 :)